POLISI PEMULANGAN

Tarikh Akhir Kemaskini : 1 May 2025

Di Orgaherbs, kami komited untuk memastikan kepuasan pelanggan. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, kami sedia membantu berdasarkan terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam polisi ini.

1. Kelayakan untuk Pemulangan

 

Produk layak dipulangkan jika memenuhi syarat berikut:

  • Produk rosak, salah hantar, atau tamat tempoh semasa diterima.

  • Permintaan pemulangan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tarikh penerimaan barang.

  • Produk belum digunakan, dibuka, atau diubahsuai.

  • Produk dipulangkan bersama resit pembelian dan pembungkusan asal.

Nota: Barang promosi, produk percubaan, dan produk yang dibeli dengan diskaun besar (contoh: “clearance sale”) tidak layak untuk dipulangkan, kecuali rosak atau salah hantar.

2. Proses Pemulangan

 

Untuk memulakan proses pemulangan:

  1. Sila hubungi khidmat pelanggan kami di:

    • E-mel : cust.ezcommerce@gmail.com

    • WhatsApp/Talian : +6011 2191 7098

  2. Nyatakan:

    • Nombor pesanan

    • Gambar produk (jika rosak/salah)

    • Sebab pemulangan

  3. Kami akan semak permintaan anda dan maklumkan sama ada ianya diluluskan.

  4. Jika diluluskan, anda akan dimaklumkan cara dan alamat pemulangan.

3. Kos Penghantaran Pemulangan

 

  • Jika pemulangan disebabkan kesilapan pihak kami (produk rosak/salah), kos penghantaran ditanggung oleh kami.

  • Jika pemulangan disebabkan faktor lain (contoh: tukar fikiran), kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan.

4. Pemulangan Bayaran (Refund)

 

Bayaran balik hanya akan dibuat selepas kami menerima dan menyemak produk yang dipulangkan. Bayaran akan diproses dalam tempoh 7–14 hari bekerja melalui kaedah pembayaran asal.

5. Pertukaran Produk

 

Pertukaran produk hanya dibenarkan jika:

  • Produk rosak atau salah dihantar.

  • Stok produk pengganti masih tersedia.

Jika tidak, bayaran balik akan diberikan.

6. Polisi untuk Pembelian melalui Platform Pihak Ketiga

 

Jika anda membeli produk kami melalui platform lain seperti Shopee, TikTok Shop, atau Facebook/Instagram Shop, sila rujuk polisi pemulangan platform tersebut dan hubungi kami melalui saluran rasmi di platform berkenaan.

9. Cara Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau permintaan berkaitan dengan Polisi Pemulangan ini, sila hubungi:

EZ Commerce (M) Malaysia Sdn. Bhd.
Laman Web : www.orgaherbs.com.my 
E-mel : cust.ezcommerce@gmail.com
Telefon : +603 8082 0434
Alamat : First Floor, Lot 130-1, Jalan LP 7/4, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor